‘Repair’ Masakan Terlalu Masin, Jadikan Ia Enak Semula

Alahai makanan yang dimasak jadi terlalu masin. Sudah tentu rasa macam tak boleh nak telan. Tapi nak dibuang rasa membazir pula. Apa nak buat ni!

Rasanya memang ramai yang mempunyai pengalaman sebegini bukan? Sebenarnya mereka yang selalu memasak juga tidak dapat lari dari membuat kesilapan ini nak pula kalau di musim bulan puasa.

Ada yang tidak berfikir panjang akan terburu-buru membuang masakan yang terlebih masin ini kerana tidak mengetahui bahawa masakan ini masih boleh di ‘repair’.

Aha, jangan terburu-buru, sebenarnya ia masih boleh diperbaiki atau ‘repair’. Ya, makanan pun boleh di ‘repair’ jika kena dengan caranya. Jangan memandai-memandai selagi anda tidak membaca perkongsian artikel kami kali ini.

Seperti yang dipetik dari portal Rasa, berikut merupakan 3 cara memulihkan makanan yang terlalu masin:

makanan masin, makanan terlebih masin, terlebih garam, letak garam, cara kurangkan masin

1. Cuci dengan air

Masakan berkuah yang terlalu masin boleh diperbaiki dengan cara mencuci bahan utamanya dengan air.

Keluarkan bahan seperti daging, ikan atau ayam dari kuah tersebut. Bilas dengan air agar dapat menghilangkan rasa masin. Gunakan penapis untuk memudahkan proses bilasan bahan utama masakan ini sebab kadang kala bahan utama sudah terlalu lembut jadi mudah hancur kalau di bilas.

Kemudian masukkan kembali ke dalam kuah, dan tambahlah air kosong ke dalam kuah itu. Dikatakan hasilnya memang menjadi.

2. Masukkan karbohidrat

Memang frust kalau sup terlampau masin. Namun, ada petua iaitu memasukkan sumber karbohidrat ke dalam kuah.

Ini kerana karbohidrat dipercayai dapat menyerap rasa masin dan membuatkan masakan kembali menyengat.

Caranya, masukkan hirisan kentang atau beras (diikat dalam uncang) atau pun sedikit tepung ke dalam kuah berkenaan. Nak lebih mudah dan sedap kami syorkan penggunaan kentang untuk masakan sup anda yang terlebih masin tu.

3. Madu atau gula

Cara ini antara yang popular iaitu memasukkan sedikit gula atau madu agar rasa masin dapat diseimbangkan. Malahan untuk masalah masakan terlalu pedas gula juga turut digunakan.

Namun, jangan terlalu banyak kerana nanti makanan jadi kurang enak pula akibat terlalu manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *