Rendang Pedas Kerang, Pasti Memikat Selera

Hari-hari pening nak fikir menu apa yang nak dimasak. Ayam, ikan, sotong dah muak! Sesekali bertukar selera lain pula nak? Siapa yang suka kerang dan pedas memang sesuai sangat dengan menu yang satu ini.

Gabungan kedua-duanya pasti meletup! Teruja nak cuba, jom tengok. Resepi Rendang Pedas Kerang

3kg kerang – gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah ros
  • 2 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai – ambil bahagian dalam putih sahaja
  • 10 biji cili api kampong
  • 10 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
  • Santan – 1 biji kelapa
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 keping asam
  • 3 helai daun kunyit – hiris halus

Cara cara:

  1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
  2. Masukkan santan – biarkan mereneh dengan api perlahan
  3. Masukkan kerisik dan asam keping – reneh sampai pekat
  4. Masukkan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
  5. Masukkan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam

Posted by Resepi Memikat Suami on Friday, October 20, 2017

Menyelerakan, makan dengan pulut atau nasi panas-panas. Pasti dapat memikat selera seisi keluarga. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *